Saturday, April 10, 2010

RAHSIA PERSONALITI WARNA MELALUI TARIKH LAHIR ‎

Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui ‎tarikh lahir seseorang itu. Okay..kali ini selidik pula personaliti seseorang ‎itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir. Malah sikap diri sendiri ‎pun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh lahir ‎kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu mewakili warna kuning. ‎Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah kamu melihat keperibadian ‎diri kamu menerusi warna tersebut.

‎23 hingga 1hb Disember - Merah
‎2 hingga 11hb Januari - Oren
‎12 hingga 24hb Januari - Kuning
‎25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
‎4 hingga 8hb Februari - Biru
‎9 hingga 18hb Februari - Hijau
‎19 hingga 28hb Februari - Perang
‎1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
‎11 hingga 20hb Mac - Lime
‎21hb Mac - Hitam
‎22 hingga 31hb Mac - Ungu
‎1 hingga 10hb April - Biru
‎11 hingga 20hb April - Perak
‎21 hingga 30hb April - Putih
‎2 hingga 14hb Mei - Biru
‎15 hingga24hb Mei - Emas
‎25 hingga 3hb Jun - Krim
‎4 hingga13hb Jun - Kelabu
‎14 hingga 23hb Jun - Maroon
‎24hb Jun - Kelabu
‎25 hingga 4hb Julai - Merah
‎5 hingga 14hb Julai - Oren
‎15 hingga 25hb Julai - Kuning
‎26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
‎5 hingga 13hb Ogos - Biru
‎14 hingga 23hb Ogos - Hijau
‎24hb Ogos 2hb September - Perang
‎3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
‎13 hingga 22hb September - Lime
‎23hb September - Olive
‎24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
‎4 hingga 13 Oktober - Biru
‎14 hingga 23hb Oktober - Perak
‎24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
‎12 hingga 21hb November - Emas
‎22hb November hingga 1hb Disember - Krim
‎2 hingga 11hb Disember - Kelabu
‎12 hingga 21hb Disember - Maroon
‎22hb Disember - Teal Merah


MERAH

Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang ‎yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan ‎menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala ‎dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka ‎yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa ‎selesa bila berdampingan dengan mereka.

Krim

Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang ‎kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu ‎juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang ‎diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ‎ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria ‎selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia ‎pada janji.Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam ‎menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu ‎rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, ‎kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

TEAL (Warna Kayu)

Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan,terlalu ‎menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu ‎sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap ‎kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. ‎Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu ‎tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan ‎gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap ‎kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.

Merah Jambu

Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik ‎dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan ‎mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu ‎sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk ‎terhadap orang lain.Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan ‎yang penuh dengan keindahan semata.

Hijau

Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan ‎diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang ‎tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan ‎orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri ‎kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun ‎selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan ‎jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!

Emas

Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan ‎silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja ‎dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang ‎menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang ‎benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan ‎kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh ‎cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning

Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu ‎dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, ‎kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan ‎termasuklah soal cinta.Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak ‎kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang ‎tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. ‎Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang ‎romantik bersama si dia. Alahai!

Maroon

Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang ‎yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga ‎suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu ‎sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang ‎menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak ‎terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan ‎sikap setia kamu dalam perhubungan!

Oren

Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas ‎tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, ‎berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-‎orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. ‎Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu ‎selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal ‎perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai ‎orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan ‎percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling ‎percaya itu amat penting!

Ungu

Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya Tak ramai orang yang ‎dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu ‎percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan ‎agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. ‎Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu ‎seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari ‎yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam ‎menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka ‎yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.

Warna buah limau (Lime)

Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi ‎jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. ‎Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-‎perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya ‎personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. ‎Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?


Perak

Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah ‎kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni.Walau ‎bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal ‎juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu ‎menstabilkan keadaan…bukan apa, kamu suka mencabar diri ‎kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi ‎perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk ‎menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali ‎dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan ‎menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

Hitam

Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk ‎melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar ‎kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu ‎gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu ‎membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta ‎kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan ‎perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!


Warna buah Zaiton (Olive)

Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan ‎suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.
Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga ‎membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. ‎Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ‎ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal ‎cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

Perang

Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai ‎aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang ‎teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang ‎lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak ‎boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah ‎jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu ‎cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? ‎Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk ‎mengambil hati si dia.
Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

Kelabu

Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik ‎orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan ‎menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh ‎sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga ‎perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu ‎boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai ‎menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu ‎miliki itu.

Biru

Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan ‎terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif ‎yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu ‎sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan ‎sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu ‎menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal ‎cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus ‎cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi ‎kamu bukan benar-benarmenyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah ‎kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus ‎bersikap lebih serius dan ikhlas.

Biru Laut

Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-‎galanya.Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? ‎Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi ‎perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa ‎depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu ‎marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah ‎memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si ‎dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan ‎kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

Putih

Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk ‎mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi ‎terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam ‎pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu ‎orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. ‎Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu ‎kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah ‎melampau tu, cemburu buta namanya!

Biru Kehijauan (Aqua)

Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu ‎berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. ‎Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka ‎menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk ‎meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah ‎percaya kepada orang lain.Dari segi percintaan, kamu sukar menemui ‎cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain ‎membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, ‎percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri!‎

2 comments:

Puteri said...

mine is maroon........

zainab caina ibrahim said...

imah sorg yg bijak N setia...bagus2...